Anti Oxident Fruit I The World

Anti Oxident Fruit I The World
Maqui Juice Berry

Wednesday, November 24, 2010

Maqui Tree - Pokok "Keriang Dot" Di Malaysia


Pokok Keriang Dot (Maqui Berry)

Pokok Keriang Dot (Maqui Berry) masih ada di Malaysia. Pokok ini sememangnya pokok rimba dan berbuah setelah 15 tahun keatas. Sentiasa berbuah dalam bulan April - Mei setiap tahun.

Gambar diatas diambil di Utara Semenanjung. Ini lah Anggur Malaysia. Masa zaman kanak-kanak dulu teringat ditepi parit sebelah bendang ada sebatang pokok Keriang Dot ni. Tapi berbuah sekali je, dah kena tebang nak buat jalan. Sampai sekarang tak pernah jumpa dah. Bila dah belajar mendalami apa tu Maqui Berry baru tau, rupanya buah Keriang Dot. Ternyatalah ia sesuai sebagai penawar Kencing Manis. Sebenarnya ada Al-Kisah cam ne boleh terlibat mendalami bab buah keriang dot @ Maqui Berry ni. Patut la Jus Maqui Berry ini mendapat permintaan ramai dan disahkan oleh badan-badan pemakanan kesihatan memunyai Anti-Oxsidant No1 di Dunia. Rasanya kita di Malaysia boleh komiselkan buah Keriang Dot ini. Apa pun nantikan kisah sahabat baik saya, Mr Raja dari Kulim, Kedah, tak jadi dipotong kaki kerana penyakit kencing manis. Hanya minum 1 botol Maqui Berry Juice ni. Nantikan kisah benar selepas artikel ini.

Tuesday, November 23, 2010

Buah Keriang Dot (Maqui Berry) Semakin Pupus


Buah keriang dot semakin pupus
Keratan Akhbar – Utusan Malaysia 14 Mei 2009
JERLUN 14 Mei - Bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung di utara tanah air pasti mengenali buah keriang dot yang mempunyai bentuk yang hampir sama dengan buah anggur.
Jika dahulu pokok keriang dot mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung namun kini buah ini semakin sukar diperoleh.Mungkin juga generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokoknya semakin pupus.Pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan.
Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.Ibrahim Mansur, 51, berkata, pokok keriang dot di halaman rumahnya sudah berusia hampir 20 tahun. "Ayah saya yang menanam pokok ini dan kami memang tertunggu-tunggu apabila tiba musim buah keriang dot.
"Rasanya yang unik dan jarang ditemui menyebabkan rumah saya menjadi tumpuan apabila tiba musim buah ini," ujarnya ketika ditemui di Kampung Tempayan Pecah di sini baru-baru ini. Menurut Ibrahim, anak-anak kecil di kampung lebih mengenali buah ini dengan nama 'anggur Malaysia' kerana gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur.
Katanya, selain mempunyai rasa yang enak buah ini juga berkesan bagi membantu pesakit kencing manis mengurangkan kadar gula dalam darah mereka. "Bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis, mereka tidak perlu bimbang untuk menjamah buah ini kerana ia tidak mempunyai kesan yang buruk bagi penghidap penyakit ini. "Biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum," jelasnya.
Ibrahim menambah, buah keriang dot semakin sukar diperoleh kerana pokok keriang semakin pupus. "Buah ini mempunyai khasiat daripada segi perubatan dan buah ini boleh dikomersialkan jika kajian saintifik mengenai khasiatnya dijalankan secara menyeluruh. "Saya amat mengalu-alukan jika ada pihak yang mahu menjalankan kajian bagi mengetahui rahsia di sebalik buah keriang dot," ujarnya.

Maqui Berry = Keriang Dot  (Penawar Penyakit Kencing Manis)

Saturday, November 20, 2010

MAQUI JUICE BERRY KINI DI MALAYSIA


Maqui Juice Berry telah berada di pasaran Malaysian pada bulan April 2010. Maqui Juice Berry telah berada di pasaran antarabangsa dalam tempoh satu tahun. Maqui Berry merupakan satu jenis buah hutan yang terdapat di negara tropika & khatulistiwa. Di Argentina telah ditanam secara besar-besaran  untuk tujuan komisel sebagai makanan tambahan (food supplement) dan makanan kesihatan (health food).


Sebenarnya maqui berry yang terkenal di pasaran antarabangsa ini juga terdapat di Malaysia. Kita kenali ia sebagai buah keriang dot atau anggur Malaysia. Berbuah setahun sekali je, bulan april - mei.  Berwarna hitam bila masak dan bila makan rasa masam-masam manis dan meninggalkan warna biru-kehitaman pada bibir dan gigi. Rahsia disebalik buah keriang dot adalah untuk penyakit kencing manis. Hebatkan buah ini. Tapi nak dapat dimana ye sekarang ni? Teringin juga nak tengok pokok tu, kalau ada, nak gi ambil gambarnya.

Maqui Juice Berry telah mendapat pengiktirafan di dunia, sebagai "Proven Highest Anti-Oxidant Fruit In The World". Dalam blog ini kami akan mencungkil satu persatu rahsia buah maqui berry atau keriang dot ini.